Berikan Chef anda kebebasan menetap dan berinteraksi dengan Sistem Paparan Dapur yang sesuai untuk mereka. Mereka boleh tukar mode paparan berlainan seperti waktu menunggu (item terlama berada di senarai teratas), kategori (item sama dikumpul di bawah kategori sama), meja (gabung semua item bagi setiap meja), atau urutan kronologi (item ditunjuk secara kronologi) dengan pantas. Anda juga boleh tetapkan kod warna untuk ketahui tempoh masa sejak pesanan diterima.
Sistem Paparan
Dapur
Jangan Kelam Kabut, Biarkan Chef Fokus Masakan dengan Teratur
Bila staf dapur boleh tumpukan 100% perhatian untuk memasak, anda akan perasan peningkatan kualiti dan kelajuan kerja yang ketara. Bila diberi pilihan menggantikan pesanan kertas dengan paparan dapur yang interaktif, Chef anda boleh fokus mengawal dapur, mempercepatkan penyediaan makanan dan tawar hidangan berkualiti tinggi supaya pelanggan tak sabar untuk datang lagi.
Bagaimana Sistem Paparan Dapur boleh Bantu Anda?
Tiada lagi Kelam Kabut dengan Paparan interaktif
Kurangkan Kelewatan dengan Komunikasi Secara Langsung
Dengan beberapa tap di skrin, pesanan boleh dihantar terus dari hadapan kedai menerusi sistem pesanan seperti Eats365 POS, mPOS, PhotoMenu, Scan to Order dan Kiosk Layan Diri terus ke Sistem Paparan Dapur secara langsung. Tiada tulisan susah dibaca, tiada nota pesanan yang hilang, hanya komunikasi laju yang jelas, tepat dan kelewatan dari pencetak bermasalah, kekurangan kertas dan lain-lain.
Mempercepatkan Operasi Dapur Anda
Staf anda berkemahiran, kenapa halang potensi mereka dengan proses kerja yang tidak mengutamakan kelajuan? Apabila sistem pengurusan dapur anda teratur dan lancar, anda boleh lihat peningkatan kelajuan makanan dihidang.
Meningkatkan Prestasi dengan Data yang boleh diukur
Sistem Paparan Dapur kami membantu anda pantau berapa lama yang diperlukan untuk siapkan pesanan. Aplikasi ini akan rekod bila pesanan dihantar ke dapur dan berapa lama ia disiapkan, jadi anda boleh pantau masa antara dua proses ini. Analisa data ini untuk pantau kecekapan pekerja atau mengasingkan item yang perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Bina Imej Syarikat yang Lestari
Jika anda serius melestarikan bisnes, anda boleh tarik pelanggan yang menghargai kelestarian alamt sekitar. Sistem Paparan dapur bukan sahaja menghapuskan nota pesanan, mengemaskan proses dengan mengurus semua pesanan yang diterima, malah membezakan pesaing dan syarikat anda yang lebih lestari.
Ciri Sistem Paparan Dapur
Pemantauan Pesanan Berkesan di Dapur
Tukar Mod Paparan dengan Mudah
Lihat Item Pesanan yang Relevan Sahaja
Atasi Kesilapan Dengan Cepat
Pemantauan Pesanan Berkesan di Dapur
Tukar Mod Paparan dengan Mudah
Lihat Item Pesanan yang Relevan Sahaja
Atasi Kesilapan Dengan Cepat
Sistem Paparan Dapur sesuai untuk semua jenis Restoran di bawah
Sebahagian dari Solusi
Soalan Lazim
1. Apakah itu Sistem Paparan Dapur (KDS) dan bagaimana ia berfungsi?
Sistem Paparan Dapur (KDS) adalah papan pemuka digital yang menggantikan tiket kertas tradisional di dapur restoran. Ia berfungsi dengan menerima pesanan secara automatik daripada POS Eats365 dan memaparkannya mengikut urutan masa atau keutamaan pada skrin, membolehkan kakitangan dapur melihat pesanan dengan jelas serta-merta.
2. Bagaimanakah KDS Eats365 membantu mempercepatkan penyediaan makanan?
KDS Eats365 mempercepatkan operasi dengan menyusun pesanan secara automatik dan menyediakan pemasa untuk setiap item. Ini membantu mengurangkan kesilapan komunikasi antara pelayan dan tukang masak serta membolehkan pengurus memantau masa penyediaan bagi memastikan setiap hidangan dihantar tepat pada masanya.
3. Bolehkah pesanan daripada aplikasi penghantaran makanan dipaparkan di skrin KDS?
Ya, sistem KDS Eats365 disepadukan sepenuhnya dengan modul pesanan dalam talian dan aplikasi penghantaran pihak ketiga. Semua pesanan yang masuk melalui POS akan terus dipaparkan di skrin dapur yang sama tanpa perlu memasukkan data secara manual.
4. Adakah Sistem Paparan Dapur ini menyokong pelbagai stesen memasak?
Ya, KDS Eats365 boleh dikonfigurasikan mengikut keperluan stesen khusus seperti bahagian Gril, Goreng, atau Minuman. Pesanan akan dihalakan atau 'routed' secara automatik ke skrin yang berkaitan supaya setiap tukang masak hanya melihat item yang perlu mereka sediakan.
5. Adakah sistem KDS lebih baik daripada pencetak dapur (kitchen printer)?
KDS menawarkan kelebihan berbanding pencetak kerana ia menghapuskan risiko tiket hilang, mengurangkan kos kertas, dan menyediakan data prestasi masa nyata (real-time analytics). Namun, Eats365 juga menyokong penggunaan hibrid di mana anda boleh menggunakan kedua-dua skrin digital dan pencetak secara serentak.
6. Bagaimanakah kakitangan menandakan pesanan yang telah siap?
Kakitangan hanya perlu menyentuh skrin KDS atau menggunakan papan kekunci bumper (bump bar) untuk menandakan item atau pesanan sebagai 'Siap'. Status tersebut akan dikemas kini secara automatik di POS dan paparan status pelanggan untuk tujuan pengambilan makanan.
Ketahui Lebih Lanjut Cara Menguruskan Dapur dan Pesanan dengan Lebih Baik Menggunakan Sistem Paparan Dapur
How to Organize a Commercial Kitchen in 2026 - A Growth Guide for Restaurant Owners
Why 28.5% of MY Restaurant Sales Are Digital (And How to Get More)
Did you know that 28.5% of restaurant sales are digital, and this number is only set to grow? With Malaysian diners increasingly expecting smooth digital interactions, many restaurants struggle with high browser drop-off rates due to disjointed systems. Discover how integrated POS features and practical omnichannel strategies can help you convert more digital browsers into loyal customers.
Multi-Location QSRs: Picking the Best POS in Malaysia 2026
Struggling to manage multiple QSR locations in Malaysia with outdated systems? Choosing the right POS can make running several branches simpler, keep menus and pricing consistent, and support steady growth.