Solusi

Pengurusan Pelbagai Jenama/Lokasi

Kebolehlihatan adalah kunci mengurus pelbagai jenama dan lokasi restoran. Dengan memisahkan bisnes mengikut jenama, organisasi dan kedai, anda boleh terima maklumat laporan yang jelas dan kawalan operasi yang lengkap di skala makro atau mikro yang anda perlukan.

Eats365 Multi-brand/Location Management
Eats365 Multi-brand/Location Management

Produk Pengurusan Pelbagai Jenama/ Lokasi

Manfaat

Satu Sistem untuk Pelbagai Lokasi/Jenama

Solusi Eats365 anda menyatukan semua lokasi dan jenama anda di bawah satu sistem tunggal yang mendalam. Bila anda boleh melihat keseluruhan bisnesanda melalui struktur tiga peringkat yang merangkumi peringkat organisasi, jenama, atau kedai, anda boleh uruskan sekecil butiran untuk sesebuah kedai atau jenama atau berskala besar merentas semua.

multi

Membuat Perubahan Untuk Pelbagai Restoran/Jenama dalam Sesaat

Perlu kemaskini menu, ubah harga atau tambah item baru? Jangan risau! Dengan cara Eats365, semua perubahan anda boleh dilakukan sekali dan dilaksanakan dengan segera di semua lokasi restoran dan jenama anda seperti yang anda perlukan.

1

Pelanggan Selesa di Mana-mana Sahaja

Memastikan kegembiraan pelanggan kunci kejayaan dalam industri F&B. Tiada cara yang lebih baik selain dengan melaksanakan program kesetiaan yang sesuai untuk pelbagai jenama dan lokasi? Dengan butiran penting seperti mata ganjaran kesetiaan, hari lahir, nama, dan lain-lain yang dikongsi di antara semua restoran anda, staf anda dapat memastikan pelanggan dilayan seperti keluarga, tidak kira lokasi restoran yang mana mereka lawati.

make your customers feel at home anywhere

Melangkah ke Peringkat Global

Jika jenama dan restoran anda beroperasi merentasi sempadan, kami boleh bantu. Sama ada ia melibatkan pelbagai mata wang, bahasa, atau sokongan dari penyedia pembayaran global, solusi Eats365 anda boleh penuhi keperluan antarabangsa anda.

3504

Laporan Serata Jenama/ Restoran

Pantau setiap aspek perniagaan anda sama ada anda ingin kaji dengan mendalam sesebuah kedai dan jenama atau jika anda ingin gambaran keseluruhan kesihatan organisasi anda. Anda boleh akses laporan terperinci yang membantu anda membandingkan prestasi seluruh bisnes anda, kenalpasti titik lemah, dan mengukuhkannya.

Cross-Brand/Restaurant Reports

Naik Taraf Jenama ke Platform Dalam Talian

Tidak kira berapa banyak lokasi atau jenama yang anda miliki, naik taraf ke platform dalam talian dan tarik pelanggan-pelanggan baru.Lagi baik, anda boleh uruskan semua kedai dalam talian anda dari mana-mana di seluruh dunia melalui portal belakang tabir berpusat. Mudah, kan?

take your brands online

Solusi Lengkap Pelbagai Jenama/ Lokasi

Menyatukan Jenama

POS
Modul POS Utama

POS anda merumahkan pelbagai alat dan ciri hebat yang boleh digunakan di semua lokasi dan jenama anda. Tidak kira memberikan akses kepada staf, melihat laporan keseluruhan, edit menu, atau mengakses CRM anda, inilah hab pelbagai jenama/lokasi anda.

Brand Consolidation

Digitalkan Jenama/ Restoran anda

Kedai Berjenama Dalam Talian
Modul Tambahan

Miliki akses kepada kedai dalam talian anda sendiri untuk jenama dan restoran anda, yang diuruskan portal belakang tabir berpusat. Biarkan pelanggan baru menemui bisnes anda dan membuat pesanan dalam talian dengan selesa.

Digitize Your Brands & Restaurants

Perluas Kumpulan Pelanggan Anda

success stories
success stories
Loyalty Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Integrasi dengan beberapa sistem kesetiaan mendalam yang boleh dibahagi ke beberapa tier atau tawarkan ganjaran-ganjaran yang menarik kepada pelanggan anda untuk menggalakkan pembelian berulang.

Location Management - Grow Your Customer Base
Anda Tak Perlukan Semua Modul
Pilih apa yang anda perlukan untuk solusi tersendiri
/Puzzle

Soalan Lazim

1. Apakah yang dimaksudkan dengan struktur tiga tingkat dalam pengurusan Eats365?

Struktur tiga tingkat Eats365 terdiri daripada tahap Organisasi, Jenama, dan Kedai. Sistem ini membolehkan pemilik perniagaan menguruskan pelbagai jenama restoran dan cawangan secara berpusat sambil mengekalkan fleksibiliti operasi untuk setiap lokasi individu.

2. Bagaimanakah cara menguruskan menu bagi pelbagai lokasi serentak?

Anda boleh menggunakan fungsi pengurusan menu berpusat untuk mengemas kini item, harga, dan promosi merentasi semua cawangan atau jenama tertentu dengan satu klik. Ini memastikan keseragaman jenama tanpa perlu melakukan perubahan manual di setiap lokasi.

3. Bolehkah saya melihat laporan jualan untuk semua cawangan dalam satu paparan?

Ya, Eats365 menyediakan analitik dan pelaporan yang disatukan (consolidated reporting). Anda boleh memantau prestasi harian, trend jualan, dan data inventori di peringkat organisasi keseluruhan atau mengecilkan skop kepada jenama dan cawangan tertentu.

4. Adakah sistem ini menyokong pengurusan keizinan kakitangan yang berbeza mengikut lokasi?

Ya, anda boleh menetapkan profil keizinan kakitangan secara berpusat untuk mengawal akses kepada fungsi POS dan data sensitif. Tahap akses boleh disesuaikan mengikut peranan pekerja dan lokasi tugasan mereka bagi menjaga keselamatan data perniagaan.

5. Bagaimanakah Eats365 membantu dalam penyelarasan program kesetiaan (loyalty program) pelbagai jenama?

Sistem CRM Eats365 membolehkan anda berkongsi data pelanggan dan program kesetiaan merentasi pelbagai jenama atau lokasi. Pelanggan boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran di mana-mana cawangan di bawah organisasi anda, meningkatkan pengekalan pelanggan secara keseluruhan.

Ingin Mantapkan Pengurusan Pelbagai Jenama/Lokasi Anda Hari Ini?

free trial